Miqdad berlalu dan berjumpa
pula dengan Ibnu Abbas, lalu dikhabarkan kepada Miqdad, “ Aku mendengar Rasulullah memberitahu
kepadaku ,sesiapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada
beribadat 70 tahun”
Miqdad keliru dengan
perkhabaran dua sahabat tadi,kerana apa yang disampaikan oleh kedua-duanya
berbeza.Lantas beliau mengadukan perkara itu kepada Rasulullah.
Baginda mengarahkan supaya
memanggil Abu Hurairah dan Ibnu Abbas supaya berjumpa dengannya,baginda bertanya
kepada Abu Hurairah, “Bagaimana cara engkau berfikir?” Abu Hurairah menjawab,
“Aku memikirkan kejadian tujuh petala langit dan bumi agar ia mendatangkan rasa
agung kepada Allah dalam diri.”
Nabi Muhammad menjawab
“Benar,engkau berfikir sesaat lebih baik daripada setahun.Baginda menjelaskan
lagi, “Al-Quran turun kepadaku, rugilah kepada mereka yang membaca al-Quran
tetapi tidak memikirkannya.”
Lalu, Rasulullah bertanya pula
kepada Ibnu Abbas,beliau menjawab, “Aku memikirkan berkenaan kematian dan huru
haranya pada saat itu.” Lantas,Rasulullah menjawab, “Benar,berfikir begitu
,engkau dapat kelebihan sesaat berfikir lebih baik daripada beribadat 70 tahun”
Sememangnya kita digalakkan
berfikir perihal kejadian alam ini,kerana ia dapat mendatangkan rasa keagungan
dan ketakjuban kepada Allah sebagaimana yang dilakukan oleh rasul-rasul
terdahulu.Tetapi adakah kita pernah terfikir, mengapa berfikir mengenai mati
dan penghijrahan kita ke alam barzakh menyebabkan ibadat kita diangkat.Ayuh kita
menjawab persoalan ini, apabila kita berfikir mengenai mati walaupun
sejenak,kita akan sentiasa mensyukuri akan nikmat yang dikurniakan Nya,maka
dengan itu akan menyebabkan kita terselamat daripada sifat tamak , hasad
dengki, khianat dan yang paling bahaya cintakan kemewahan dunia sehingga
terkeluar daripada sempadan syariat.
ORANG YANG BIJAK ADALAH ORANG MENGINGATI KEMATIAN

No comments:
Post a Comment