25 SEPTEMBER setiap tahun mengingatkan ku kepada dua peristiwa bersejarah yang kini menjadi titik mula kepada diriku ini.....pada tahun 1994 diriku dilahirkan ke dunia pada jam 5.37 minit petang di Hospital Jengka,Pahang..anak sulung yg dinanti oleh ayah dan ibuku selama ini..telah pun selamat dilahirkan...Alhamdulilah...kini umurku pd tahun 2012 sudah menginjak kepada angka 18...angka-angka terakhir dalam urutan kiraan belasan...semoga amalan dapat dipertingkatkan seiring menjadi anak soleh kepada kedua ibubapa yang tercinta...terima kasih ku apreasasikan untuk Mu Ya Allah..kerana meberi hambaMu ini peluang menjadi pelakon untuk sebuah filem agung Mu ini...kanvas kehidupanku pastinya akan terus dicoret..cuma diriku belum pasti..mampukah terus diwarnai dengan lukisan pelangi atau sekadar sekadar kabus hitam yang menutupi langit,...
Setelah 3 tahun berusaha menghafal dan mempelajari kalam suci-Mu Ya ilahi...tepat jam 10.01 pagi pada tahun 2010 di rumah murabbi ku..Ust Fikri..aku menadah tangan memohon doa memuji-Mu Ya Rabbi di atas kurniaan terbesar ini...walaupun sukar untuk diungkap dengan kata-kata,,tetapi jauh di sudut hati...aku sangat bersyukur dan gembira...setelah mengharungi waktu jerih dan perit selama ini....walaupun rasanya tidak layak meletakkan diriku ini dengan gelaran 'Al Hafiz'..tetapi mungkin ini hadiah yang terbaik yang mampu ku hadiahkan kepada ayah dan bondaku.. disaat aku cuba mencari kejayaan dunia yang lain..mungkin sukar untuk ku menghadiahkan mu sebuah rumah banglo hatta seutas rantai emas sekalipun.. namun aku cuba mendapatkan hadiah yang lebih hakiki buatmu sebagaiman suatu hadis Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
terima kasih buat ibuku Mislia binti Mohamed Yunus dan ayahku Mazzlan bin Mohamed diatas sokongan serta dorongan yang tidak kenal erti putus buat kejayaan anak mu ini...terima kasih juga ku lakarkan buat guru-guruku yang sudi memimpin anak murid mu ini yang pernah berada kegelapan tanpa ilmu suatu masa dahulu..
SEMAKIN BERTAMBAH USIA MENITI,SEMAKIN DEKAT JARAK UNTUK DIPERTEMUKAN DENGAN ILAHI....


Gratisan Musik
No comments:
Post a Comment