Imam Malik dalam kitab
al-Muwatta’ meriwayatkan pada suatu hari Umar Al Khattab r.a telah mendapati
Sulaiman bin Abi Hathmah tidak hadir untuk solat berjemaah.Pada pagi itu
juga,Umar Al Khattab r.a pergi ke rumah sahabatnya itu lalu bertanya kepada ibunya
al-Shifa’….”Saya tidak melihat Sulaiman semasa solat subuh?”…..Lalu al-Shifa’
menjawab : “Dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya.”…Umar kemudian
berkata : “,Sungguh solat berjemaah dalam solat subuh itu lebih baik bagiku
daripada solat malam.”
Begitulah prihatinnya Saidina Umar tentang
solat subuh berjemaah.Malah ketika beliau parah ditikam oleh Abu Lu’lu’ah dan
keadaannya yang sangat kritikal sekali, namun solat subuhnya tidak sekali-kali
diabaikan.Ketika dikejutkan oleh al Miswar bin Makhramah untuk solat
Subuh,beliau berkata “Ya, tidak akan mendapat keuntungan dalam islam bagi
mereka yang meninggalkan solat”.Padahal diriwayatkan pada waktu itu darah segar
masih mengalir keluar daripada lukanya.
Bukan sahaja beliau, para
sahabat Rasulullah s.a.w dan umumnya para salafussoleh juga sangat mengambil
berat tentang solat tentang solat berjemaah.Sudah menjadi tradisi dalam
kehidupan para muqarrabin ini, menjadikan solat Subuh berjemaah sebagai penanda aras bagi keteguhan agama seseorang individu,Abdullah
bin Umar berkata: “Apabila ada seseorang yang tidak turun solat Subuh berjemaah
,ini membuatkan kami berprasangka buruk padanya. Boleh jadi ada sesuatu yang
menimpa diri dan agamanya.”
Waktu subuh mempunyai keistimewaannya
tersendiri khususnya yang dikaitkan dengan pelaksanaan solat
Subuh.Justeru,waktu itulah yang dipilih oleh para sahabat untuk melaksanakan
agenda-agenda penting dalam kehidupan sama ada untuk diri mereka secara
peribadi atau untuk ummah.
Salehuddin al Ayyubi mendisiplinkan tenteranya
agar istiqamah untuk solat berjemaah di masjid dan itu menjadi ukuran dalam
menyusun barisan tenteranya di medan perang.
Begitu juga Sultan Muhammad Al Fatih pembebas
kota Konstantinopel.Baginda begitu prihatin tentang solat berjemaah dirinya dan
juga barisan tentera.Inilah rahsia kemenangan islam,yakni mendapat bantuan
Allah apabila pejuang islam mengutamakan apa yang Allah utamakan.
Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud “Jika kamu menolong agama Allah,maka Dia pasti akan menolong –mu dan
meneguhkan kedudukanmu.”( surah Muhammad 47:7)

No comments:
Post a Comment